Sunday, 16 March 2014

Weekend punya cerita..



Assalamualaikum...Hari minggu ni bosan kalo takda aktiviti..tapi kebosanan ni dapat diatasi apabila aku dengan jayanya telah myusun dan merancang aktiviti yang nk kn buat(alasan..sebenaqnya ada setengah aktiviti yg kn buat dlm keterpaksaan)huhu...daripada aktiviti memasak,mengemas,buat laundary sampai la menonton cita tamil koi 2 petang telah aku rancang..

Dalam banyak-banyak aktiviti aku paling suka memasak..kebetulan harini ketua chef takda p melancong ke negeri pantai timur..kononnya la...maka dengan rasa bangga diri aku telah menyusun menu untuk dimasak dengan bahan yang terhad (malas nk kluaq p beli barang dapoq)..menu aku ni perlu diambil kira dengan tekak kanak-kanak ribena yang akan datang dan ketua kanak-kanak ribena a.k.a cik sue mantan penolong ketua darjah 5 Bijak..

Maka terhasil la menu-menu dibawah ni..

Masak lemak cili api..saja buat untuk test power masak lauk yang nampak eksotik..

Ayam goreng tepung kfc..ak tau setengahnya nampak cam ayam goreng berempah..jangan salahkan aku..salahkan mak..sapa soh dia kol time aku masak..hihi


Tauhu +kentang goreng masak sos tiram kicap manis..aku rasa kalo ada tempe n ikan bilis lagi sodap..adik cu paling suka lauk camni..ka dia saja nk amik ati aku..sbb dia ja dalam rumah ni kata aku masak sedap..aku tau yang lain tu takngaku aku masak sbb jelez aku lagi hebat daripada depa..


Salad ikan..cewah.. nama menu taknak kalah walaupun guna makarel ja..menu ni aku pasti kanak2 ribena super cerewet tu akan makan sebab ada tomato feveret depa..bajet jaga kulit la tu kanak2 ni..takpa kaklong redha masak kat hampa..



Sekian la jenis lauk2 yang aku nak tayang ni..hehe..aku sangat suka memasak..aku punya cita-cita nak jadi surirumah supaya aku ada masa nak masak macam mak walaupun kadang2 mak akan beli lauk kat kedai depan skolah tukan..orang tau la mak sebab bila turn orang kena masak dan time tu orang takda mood nak masak orang akan ikut jejak mak..thanx mak sbb kenalkan kedai tu..mmg sedap pun lauk dia..

K la aku nak kena p layan cita tamil sat..kan ke ada dalam senarai program aku..kalo tak ikut kata tak bdisiplin plak..hehe

xoxo..

Thursday, 13 March 2014

13.03.2014

Lama dah tak menaip..taip surat & dokumen kat ofis ada la..
Banyak tau nak cita..kisah susah sedih luka sakit hati..banyak la elemen perasaan kat situ..

Banyak jugak kejadian yang telah menimpa keluarga besaq kami..alhamdulillah Allah telah memberi kekuatan dan kesabaran dihati masing-masing untuk menempuhi dugaan ini dengan penuh keredhaan..daripada kejadian dan insiden yang berlaku disitu telah nampak team work setiap family member..

Aku pun alhamdulillah telah menerokai dunia pekerjaan di tempat lain..

Sampai sini dulu la..sebenaqnya banyak benda nk share kat sini tapi nanti la..

-xoxo-

-★★★-

Hmm..rasanya dah lama tak menulis..(ayat clishe)
Banyak suka duka sepanjang tempoh ni..betapa aku gila mencari kerja apabila tempat kerja lama menghadapi masalah..betapa aku memikir cemana nak settlekan perbelanjaan setiap bulan..banyak masalah yang timbul..thanx pada family especially abah yang banyak memberi sokongan walaupun tak ditunjuk secara terang-terangan..cukuplah apabila beliau kata akan tanggung segala perbelanjaan aku..nampak tak disitu walaupun abah bukan la kategori manusia yang penat pikiaq cemana la nak perabih duit aku yang banyak tu..tapi dengan semangat keabahan dia sanggup buat apa sahaja janji anak2 tak susah..

Sebenaqnya motif nak cita adalah kesusahan aku dikala itu..aku dok tepikiaq apa la usaha yang patut aku buat untuk kluaq dari kesusahan ini..maka terdetik lah dihati untuk mengerjakan solat dhuha pada setiap pagi..

Alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambaNya..akhirnya aku telah memperoleh pekerjaan yg paling aku tak sangka (abah jugak la yg meneman aku p interview) .dengan tak prepare apa2 aku melangkah ke syarikat tersebut..hambik ang soalan dia killer gila..banyak soalan kemahiran berfikir (thanx David sbb skang i dah terror berfikir..hihi)

Masuk bulan Mac 2014 genap la 4.5 bulan aku berkhidmat disitu..alhamdulillah aku jugak dah confirm (thanx david sbb bagi i confirm)

Moral aku cita ni adalah untuk menekankan solat dhuha..bukan la aku nak kata solat ni ja yg bagus tp keberkesanannya sangat diyakini..thanx Allah swt..