Thursday, 13 March 2014

-★★★-

Hmm..rasanya dah lama tak menulis..(ayat clishe)
Banyak suka duka sepanjang tempoh ni..betapa aku gila mencari kerja apabila tempat kerja lama menghadapi masalah..betapa aku memikir cemana nak settlekan perbelanjaan setiap bulan..banyak masalah yang timbul..thanx pada family especially abah yang banyak memberi sokongan walaupun tak ditunjuk secara terang-terangan..cukuplah apabila beliau kata akan tanggung segala perbelanjaan aku..nampak tak disitu walaupun abah bukan la kategori manusia yang penat pikiaq cemana la nak perabih duit aku yang banyak tu..tapi dengan semangat keabahan dia sanggup buat apa sahaja janji anak2 tak susah..

Sebenaqnya motif nak cita adalah kesusahan aku dikala itu..aku dok tepikiaq apa la usaha yang patut aku buat untuk kluaq dari kesusahan ini..maka terdetik lah dihati untuk mengerjakan solat dhuha pada setiap pagi..

Alhamdulillah Allah mendengar rintihan hambaNya..akhirnya aku telah memperoleh pekerjaan yg paling aku tak sangka (abah jugak la yg meneman aku p interview) .dengan tak prepare apa2 aku melangkah ke syarikat tersebut..hambik ang soalan dia killer gila..banyak soalan kemahiran berfikir (thanx David sbb skang i dah terror berfikir..hihi)

Masuk bulan Mac 2014 genap la 4.5 bulan aku berkhidmat disitu..alhamdulillah aku jugak dah confirm (thanx david sbb bagi i confirm)

Moral aku cita ni adalah untuk menekankan solat dhuha..bukan la aku nak kata solat ni ja yg bagus tp keberkesanannya sangat diyakini..thanx Allah swt..



No comments:

Post a Comment