Friday, 30 June 2023

Hari Raya Korban 1444

 Assalamualaikum, 


Salam 11 Zulhijjah 1444.

Alhamdulillah semalam 10 Zulhijjah 1444, umat islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Syok tengok orang2 yang p buat haji tapi dalam hati ni pikiaq mampu ka aku nk hadap ujian & cabaran ketika menunaikan haji tu, sebab tu orang cakap hanya yang terpilih ja ada rezeki menunaikan haji @ menjadi tetamu Allah. Even hampa dh sampai kat sana, kalo Allah kata bukan rezeki kita lagi maka tak dapat la kita menunaikan haji tu. Insyaallah satu hari nanti, aku nak p jugak kat sana. 

Ooo..untuk yang beraya korban kat Malaysia ni, lebih tepat lagi kat Kedah ni, tahun ni kami tak buat korban pun. Sambutan family aku and side mentua pun sederhana ja sebab kami baru kehilangan bapak. so tak mau havoc2 sangat. Mak pun masih dalam eddah, tapi mak punya rendang maveles..

Macam besa 28/6/2023, aku amik cuti untuk balik ke Alor Setar. Petang tu kami dh sampai.Mak posa Haritu, teringin gak nk posa,tapi memandangkan nk kena jaga Sofea yg super active tu aku kuburkan niat tu, maybe next year kalo umur panjang. 

Tak banyak sangat coretan Aidiladha ni. Oh ya, balik dari Alor Setar hari raya pertama tu, ak terus ke kampung di Yan, tidoq sana sbb esoknya iaitu Jumaat aku dh masuk keja so mak kena jaga Sofea. Cemana la dia jaga Sofea tu..Ghisau..




Friday, 23 June 2023

 17.06.2023


Assalamualaikum wbt..


Yeay!!! Melissa Sofea dah menunaikan kewajipan sebagai baby girl. Ibu memang nervous gila, siap interview lagi nurse kat klinik teruk sangat ka berkhatan ni. Yelah mana ada pengalaman, Abang Mika pun tak berkhatan lagi (tok abah cakap tunggu dia darjah 3 dulu). 

Alhamdulillah Sofea tak menangis langsung semasa proses berkhatan, ibu pun tak sempat nak ambil gambaq. 


Berikut merupakan info yang ibu baca kat internet:-

Perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala.

Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” – Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).

Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga perlu berkhatan dan bukan hanya lelaki.

Menerusi pembacaan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bayi perempuan adalah wajib.

Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada si manja, maka ia perlu dielakkan. Namun begitu tiada ayat al- Quran atau hadis yang mewajibkan khitan kepada perempuan secara khususnya.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi anak perempuan dalam berkhatan.

Manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi bayi perempuan adalah berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk berkhitan, maka tidak perlu untuk mereka disunatkan.

Kelebihan berkhatan atau sunat bayi perempuan dari sudut sains

Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan. Pun begitu, setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan.