Friday, 30 June 2023

Hari Raya Korban 1444

 Assalamualaikum, 


Salam 11 Zulhijjah 1444.

Alhamdulillah semalam 10 Zulhijjah 1444, umat islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Syok tengok orang2 yang p buat haji tapi dalam hati ni pikiaq mampu ka aku nk hadap ujian & cabaran ketika menunaikan haji tu, sebab tu orang cakap hanya yang terpilih ja ada rezeki menunaikan haji @ menjadi tetamu Allah. Even hampa dh sampai kat sana, kalo Allah kata bukan rezeki kita lagi maka tak dapat la kita menunaikan haji tu. Insyaallah satu hari nanti, aku nak p jugak kat sana. 

Ooo..untuk yang beraya korban kat Malaysia ni, lebih tepat lagi kat Kedah ni, tahun ni kami tak buat korban pun. Sambutan family aku and side mentua pun sederhana ja sebab kami baru kehilangan bapak. so tak mau havoc2 sangat. Mak pun masih dalam eddah, tapi mak punya rendang maveles..

Macam besa 28/6/2023, aku amik cuti untuk balik ke Alor Setar. Petang tu kami dh sampai.Mak posa Haritu, teringin gak nk posa,tapi memandangkan nk kena jaga Sofea yg super active tu aku kuburkan niat tu, maybe next year kalo umur panjang. 

Tak banyak sangat coretan Aidiladha ni. Oh ya, balik dari Alor Setar hari raya pertama tu, ak terus ke kampung di Yan, tidoq sana sbb esoknya iaitu Jumaat aku dh masuk keja so mak kena jaga Sofea. Cemana la dia jaga Sofea tu..Ghisau..




No comments:

Post a Comment