Thursday, 28 November 2024

Random

 28.11.24

Harini hujan lebat,dari semalam lagi hujan turun tak berenti.ibu mcm besa la pergi keja balik keja macam besa.

Amik mika pun dalam keadaan hujan renyai2.mika macam besa la nak berenti beli ayaq la apa.mmg ibu tak izinkan.banyak dh sangat hg mnm ayaq manis mika oii.

Lepas tu kita p amik sofea n syiraz.balik la kita sambil dengaq lagu APT.


Fyi,ni motor baru sofea.tokabah belikan.tq tokabah

JULAI 2023

 Assalamualaikum wbt.


Yeayyy..bulan Julai mai lagi.banyak cerita suka duka dalam bulan ni weiiii..

Bulan ni patut nak enjoy2 sebab bulan kelahiran ibu & Sofea kan tapi semua bertukar duka. 


9hb Julai 2023

Mika dah start batuk non stop.actually dia start batuk awai bulan lagi tapi mana nak sangka batuk dia makin teruk..ibu tak puas hati haritu  awai pagi ibu bawak Mika ke klinik. ingat ka dh settle, rupanya Mika still batuk non stop.tidoq petang Mika stop sat batuk, mangkit dr tdoq Mika batuk sampai muntah2.Tahap susah hati ibu memang dah maksimum ni so ibu pun bawak la mika ke hospital. Ibu kira nk bagi Mika admit ward ja sebab macam dh buntu bila Mika dok batuk non stop tu. Sampai ja kat hospital tu depa cek suhu Mika, oh ok tak demam. So ibu ty nurse tu Mika ni agak2 perlu ka nk warded, nurse cakap kalo tgk condition mcm ya ja sbb nnt mesti akan demam tapiiiiii....ward penuh. Adoii....ibu terkam pulak ke hospital satu lagi, actually semua medical record Mika ada kat hospital ni and ibu lebih berpuas hati dengan doctor yg attend Mika kat sini sbb dr kecik kot Mika dok jumpa dia. So ibu tawakal ja p sana lepas dapat confirmation dari bapak. Ibu call tok abah untuk inform jugak sebab kena habaq gak kat bestfriend Mika ni. 
Sampai ja kat sana lebih kurang jam 6.00 petang, proses register apa semua, gedebuk gedebak, nama Mika kena panggil buat Covid test. Alhamdulillah negatif. Risau jugak kan, sebab sekolah Mika ada ja hari2 update student tak mai sebab sakit. Lps tu tunggu sat, doctor pun panggil masuk, ibu pun mention la Mika dh batuk lebih dari 3 hari camtu. Oh ya, doctor yang attend Mika nama Dr Wildan, sangat profesional even dia cakap macam tak serius sangat,then dia siap ty ibu lagi apa ubat yg doctor kat klinik bagi supaya dia tak bagi ubat yang sama. so kami pun tunggu la kat luaq sementara doctor buat report and decide nak bagi ubat apa. Ibu ada tanya jugak perlu ka Mika admit, setakat apa yg dia nmpk mcm tak perlu tapi kalo ibu insist nak jugak masuk ward dia xda halangan. lepas beberapa ketika, doctor panggil ibu masuk, pastu dia bg explanation la ubat2 yg akan dia bagi kat Mika. Doctor ni kata, insyallah dalam masa 3 hari akan nampak improvement. oh lupa nak habaq bestfriend Mika sampai dh tau..bercinta la depa dua orang kat luaq sebab tok abah tak tahan sejuk kat emergency tu. 
Ibu kan jenis paranoid, sebelum balik ibu tanya lagi kat doctor, atas condition macamana yang perlu ibu kena bawak, wajib bawak mika mai hospital balik. doctor pun habaq la, kalo demam tu as long boleh control tu tak perlu la cumanya kalo mika batuk muntah2, ssh nak nafas kena wak mai balik..pastu ibu tanya lagi ada benda kena pantang makan ka?doctor cakap takda..

Settle payment apa semua, amik ubat, kami pun balik la. Mika cakap nak makan KFC, ibu pun iyakan la sebab doctor kata takda pantang kan..Sampai rumah, bapak pun sampai dari Alor Setar. Esoknya ibu EL sebab nk pantau Mika. Alhamdulillah batuk Mika berkurangan. Mika dapat MC 09/07/2023-12/07/2023. Beronok-ronok la Mika kat rumah. 

13hb Julai 2023
Bila rasa Mika dah ok, so tengah hari tu Mika pun p la sekolah. Lebih kurang jam 3.30 petang, Ustazah Faridah (guru kelas Mika) call habaq kata Mika muntah kat sekolah and badan dia panas. Ibu pun minta tolong Tok Abah amik Mika kat school. Tapi dalam pikiran ibu, aik dia sakit pulak ka..ibu terdetik yang Mika pernah habaq "Ibu, orang yang sakit kan, depa akan tunggu kat dataran, pastu satgi cikgu call la parents depa mai amik, pastu kan ibu, kwn Mika ni ada terber*k dalam kelas pastu parents dia pun mai amik.nnt Mika nak try camtu la" Merujuk kepada akai jenuh Mika ni dia mmg boleh buat ya. tapi ibu risau jugak. 


Friday, 30 June 2023

Hari Raya Korban 1444

 Assalamualaikum, 


Salam 11 Zulhijjah 1444.

Alhamdulillah semalam 10 Zulhijjah 1444, umat islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Syok tengok orang2 yang p buat haji tapi dalam hati ni pikiaq mampu ka aku nk hadap ujian & cabaran ketika menunaikan haji tu, sebab tu orang cakap hanya yang terpilih ja ada rezeki menunaikan haji @ menjadi tetamu Allah. Even hampa dh sampai kat sana, kalo Allah kata bukan rezeki kita lagi maka tak dapat la kita menunaikan haji tu. Insyaallah satu hari nanti, aku nak p jugak kat sana. 

Ooo..untuk yang beraya korban kat Malaysia ni, lebih tepat lagi kat Kedah ni, tahun ni kami tak buat korban pun. Sambutan family aku and side mentua pun sederhana ja sebab kami baru kehilangan bapak. so tak mau havoc2 sangat. Mak pun masih dalam eddah, tapi mak punya rendang maveles..

Macam besa 28/6/2023, aku amik cuti untuk balik ke Alor Setar. Petang tu kami dh sampai.Mak posa Haritu, teringin gak nk posa,tapi memandangkan nk kena jaga Sofea yg super active tu aku kuburkan niat tu, maybe next year kalo umur panjang. 

Tak banyak sangat coretan Aidiladha ni. Oh ya, balik dari Alor Setar hari raya pertama tu, ak terus ke kampung di Yan, tidoq sana sbb esoknya iaitu Jumaat aku dh masuk keja so mak kena jaga Sofea. Cemana la dia jaga Sofea tu..Ghisau..




Friday, 23 June 2023

 17.06.2023


Assalamualaikum wbt..


Yeay!!! Melissa Sofea dah menunaikan kewajipan sebagai baby girl. Ibu memang nervous gila, siap interview lagi nurse kat klinik teruk sangat ka berkhatan ni. Yelah mana ada pengalaman, Abang Mika pun tak berkhatan lagi (tok abah cakap tunggu dia darjah 3 dulu). 

Alhamdulillah Sofea tak menangis langsung semasa proses berkhatan, ibu pun tak sempat nak ambil gambaq. 


Berikut merupakan info yang ibu baca kat internet:-

Perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala.

Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” – Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).

Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga perlu berkhatan dan bukan hanya lelaki.

Menerusi pembacaan di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berkhatan bayi perempuan adalah wajib.

Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada si manja, maka ia perlu dielakkan. Namun begitu tiada ayat al- Quran atau hadis yang mewajibkan khitan kepada perempuan secara khususnya.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi anak perempuan dalam berkhatan.

Manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi bayi perempuan adalah berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk berkhitan, maka tidak perlu untuk mereka disunatkan.

Kelebihan berkhatan atau sunat bayi perempuan dari sudut sains

Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan. Pun begitu, setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan.




Friday, 31 March 2023

 Assalamualaikum..


I'm backkkkkkk...lama tak menulis..banyak juga benda nak cerita untuk tahun 2020, 2021, 2022..so ibu akan devide by year ke cemana cerita ni..

Year 2020

banyak benda berlaku..

mika 1st time masuk school

ibu tukaq tempat kerja baru...hiphiphoorayyyy

covid..pkp..pkpd..pkp..pkpd sampai la hujung tahun yang mana semua orang tak boleh melintas daerah negeri bagai..memang hazabedah la tahun tu.

ibu preganat kembaq tau..tapi sayangnya Allah sebaik2 pengatur bilamana ibu keguguran masa kandungan usia 4 bulan..alhamdulillah ibu dah ada 2 orang anak syurga.baby2 ni tok abah n bapa kebumikan kat kubur toknek limah..ibu sempat namakan mereka Adwa n Adra..sweet kan


Year 2021

pertengahan tahun kilang ibu kena tutup sebab covid melanda dan boleh dikatakan hampir semua pekerja dijangkiti virus ni..time ni virus covid jenama delta yang melanda..hadoiii

ibu hampir kemurungan sbb ibu takutttttt sangat. pak guard ibu 3 orang tau meninggal dunia sebab covid ni..RIP Uncle Mohan and Uncle Arumalai..

Malas dah la nak cerita bab ni.

Hujung tahun ibu pregnant lagi..dia punya alah..Ya Allah..hanya tuhan sahaja yg mengetahui..entry lain la cerita bab alah ni

Year 2022

Mamadik akan kahwin bulan February 2022..tak banyak sangat yang ibu bantu sbb memamg tak larat sangat..

Masa mamadik kawen..Mamasu satu famili kena Covid..Ya Allah kesian kat depa..bagi ibu sikap selfish manusia yang menyebabkan kejadian ni berlaku..

ibu bersalin kat Sofea..pengalaman yang Allah bagi cukup indah..bilamana ibu sangat teruk masa alah tu tapi bila bersalin sangat senang..Sofea bersalin pada hari raya  kedua Aidiladha..Sofea shared same month dengan ibu and ude..Sofea lahir pada 11/07/2022.

Dalam pada ibu dok berpantang tu..tiba2 kami sekeluarga kena virus Covid..ibu ingat lagi tarikh tu 14/08/2022..hbs semua kita kena..dh la mamadik tgh pregnant 6 bulan..alhamdulillah hanya Sofea saja yg selamat dari virus ni..

Hujung tahun..ude plak kahwin..


dah la kot cerita tahun 2022 ni..banyak sebenaqnya nk cerita..

nx entry kalo rajin ibu letak gambaq ya.. 


Wednesday, 20 March 2019

Hari Sakit Sedunia

20.03.2019
Assalamualaikum...



Malas la rasa harini..Dah seminggu rasanya demam ni..panas tu tak dah tapi dia punya lemau badan tu rasa nak melingkaq ja atas katil.



Kat umah pun ada 2 orang yang demam. Paling kesian si boolat ibu la, dia bukan tau apa pun. Semoga dia cepat sembuh. 


Kesian la budak busyuk masyam ni

Mika plak macam biasa. Tenaga dalaman dan luaran dia tak pernah berkurang sikit pun. Cumanya dia ni malas nak makan. Aiskrim memang all time favorite dia. Hari-hari request nak makan aiskrim. Lagi satu favorite dia adalah vitamin.Dia boleh makan 2-3 biji vitamin dalam satu masa. Actually aku tak kisah pun tapi ayaq kencing dia ja la yg akan jadi mahai sikit nanti. 

Harini mika ikut tokmak p umah toktam (buat ramai)sbb hujung minggu ni Mak Ngah Hidayah nak kawen(yeayyyy..boleh jumpa sanak saudara)

kemain bawak bekai lori sampah habuan nak p main kat umah toktam

abg2 sangat takmau dok kat carseat dah

Semoga semua sakit ni hilang secepat mungkin. Ibu ada banyak keja nak pikiaq.



xoxo:IbuMika

Wednesday, 28 September 2016

Rayyan Mikail - 4 bulan


Assalamualaikum...

Rasanya ibu kena tulis perkembangan mika ni kat blog la..ibu selalu lupa..diari lani mmg xdan la...

Sebelum-sebelum ni cerita pasai Mika dah tau kan..meh ibu nak cerita hal Mika masa umoq 4 bulan..

Masa Mika umoq 4 bulan masa tu bulan Ogos 2016. Tepat bday Mika, masa tu hari Ahad, ibu pun bawa p KK untuk cekup..punya la gembira Mika masa ni sbb tak kena apa-apa jab..Mika siap ngorat 2 3 baby girl lagi..cuma ada sorg baby girl ni Mika buat tak tau..ibu pun heran pesaipa..bila selidik punya selidik rupanya baby girl ni tua dari Mika..hehe good job son..

Haritu bapak kena balik awai..so petang lebih kurang jam 3.00 petang ibu bawak Mika, Maktok, Mamasu & Mamadik p umah Tok Ndak kat Penang..tujuan p sana adalah untuk hantaq kain buat baju sempena nak raya haji..maklum la masa raya posa ritu baju kami xmeriah..sbb ibu pun baru hbs pantang mika so mood nak raya tu xda sbbnya takleh makan apa..bila takleh makan apa beerti tak raya la..hihi..haritu panas gila..begetah badan mika..dengan peluh kluaq banyak..mika ni mmg 100% ikut gen bapak n ibu kot sbb kami ni mmg cpt peluh..tapi Mika rilex ja.. setel semua kita pun balik..

Esoknya 22hb ibu p keja macam biasa..balik keja ibu tgk Mika pun happy dok kat kerusi makan yg ibu baru beli kat Mika..Magrib tu Mika macam mengantuk..Tok abah pun tegoq nampak Mika macam tak larat..ibu buat biasa..ibu ingat Mika letih main..Mika tidoq awai..ibu pun tertidoq sama lps magrib..mana tau masa tu jam 11.00 malam, ibu terjaga..sentuh Mika..Ya Allah..panasnya badan Mika..cepat2 ibu amik temperature (nasib baik bapak insist nak beli masa Mika baru lahir..kalo ibu tak beli lagi la) sekali lagi ibu mengucap temp Mika 38C..cepat2 ibu kejut Maktok n Tokbah..malam tu jugak p klinik..Klinik Azhar & Rakan2..rasanya ibu takmau p dah klinik tu..badan Mika still panas..ibu, maktok..mamadik jaga mika..jerlum dengan ayaq sbb xmau suhu Mika panas..malam tu kami tak tdoq langsung sbb nak monitor Mikail ku sayang..

23hb ibu terpaksa amik cuti..Mika merap sangat..xmau kat org lain..ibu ja bleh dukung Mika..hadoiii..xpa..ibu redha sbb ibu sayang sangat kat Mika..bapak balik tengok Mika kejap..

esoknya mika makin baik..ibu syok sangat..bleh p keja dengan tenang..hari kamis pun Mika ok..maktok siap buat kenduri kat sebelah rumah...

jengjeng...26hb ni buat jantung ibu berdengup lagi kencang..mamadik hantaq gambaq badan mika berbiji2..maigod..mika kena campak..hadoi..kesian kat mika..balik dr keja lepas magrib ibu bawak mika p amik ayaq tawaq..hj shaari kata badan mika panas sangat..panas dalam..lupa nak gtau mulut mika ada ulser..cemana la bayi sekecil mika nak paham sakit ulser ni..kalo ibu pun rasa sakit gila..

27hb, ibu p keja macam biasa..skali maktok kol kata mika mandom..tdoq ja keja..sblm2 ni even Mika dmm Mika still aktif..ibu igt lagi ibu kalut nak balik dan punch card jam 10.56 pagi..yg sedihnya bos ibu soh amik halfday..habistu yg 2 jam ibu keja tu cemana..nasihat ibu..mika belajaq baik2 jadi doktor ka apa..jgn jadi ibu dan bapak yg keja dgn org..byk kongkongan..xda toleransi..ibu bawak mika p child specialist..semua xnak teriam..kena buat appointment..gila apa kalo dah sakit nak  mati kena buat appointment jugak ka..last choice ibu bawak mika p klinik dr zainal ( yg ibu verangan nak beranak kat sana, last2 tak jadi sbb bp high..huhu)..alhamdulillah kita jumpa doc yang baik..Dr Najwa..dia explain kat ibu pasai sakit Mika..just campak..lega ibu dgq..takut gak la kena sakit HFM..
balik tu mika getting well..

ibu risau sangat Mika..yelah..Mika satu2nya baby yg nak kat ibu (yelah dah ank ibu kan)..ibu sayang gila kat Mika.dah la Mika hensem..haha

begitu la perjalanan hidup Mika masa umoq 4 bulan..

tapi tunggu...ada lagi yang dasyat..nnt ibu cerita entry len..

xoxo
ibulovesmika


Wednesday, 27 July 2016

RAYYAN MIKAIL

Assalamualaikum..
21.04.2016 adalah tarikh keramat dalam hidup ibu dan orang-orang tersayang ibu..

Pagi tu ibu bangun awai..lepas solat subuh, ibu bfast..mandi..dan tunggu masa yang mendebarkan..koi 8..doktor xmai lagi..ibu tanya misi bila doktor nak mai ni..ibu trauma hokey kena seluk semalam..bagi ibu biaq la bnd ni cepat berlalu..pastu..jeng..jeng..mai la doktor..gila lelaki hokey..muka cam abg arip anak makngah linda..malunya ibu..tapi xkesah la..dia mmg profesional gila..dia cakap " Puan, saya nak masukkan ubat ni, puan dok elok2 na" pastu dia masukkan ubat dia kata "saya tolong puan sikit na" ada sorang misi pgg ibu..ibu mengelupoq la sat..takut..tapi bukan jns ngada la..pastu misi kata ok settle..hah??satnya..xrasa apa..cuma rasa mcm ada ayaq masuk ja..misi pesan jangan bangun..pastu misi bwk mai ctg..nak cek jantung mika..ibu cukup meluat buat ctg sbb mcm besa la..dengup jantung bkn mai hebat tapi xda movement..mika dok tdoq..geram ibu..org lain pakai alat ni 1/2 jam ja tapi ibu kn pakai sampai lunch ok..kwn ibu kat ktl sebelah kena operate sbb lps msk ubat jantung baby dia lemah..ibu pun heran gak..ibu tak rasa sakit apa pun lagi..takut gak..sbb misi kata kalo xda bukaan 3cm kena masuk sebijik lagi ubat..

Lunch hour pun sampai..ibu kata dalam hati..baik aku minum milo siap2 manala tau satgi terberanak plak..ada gak tenaga..ibu bancuh milo sambil makan ns lauk ayam..bapak dengan maktok pun sampai nak teman ibu..lps makan ibu pun makan la minyak selusuh..hebat dak ibu..orang lain sapu ja kat perut tapi ibu telan 2 sudu..malam sblm tu pun ibu telan gak..malam tu begelodak gak perut ibu ingat ka nak besalin dah malam tu..ibu minum ayaq rendaman bunga fatimah gak..busuk skit ayaq rendaman tu..telan la sbb nak mudah besalin..

Masa tengah nyembang dengan maktok & bapak..ibu rasa sakit nak terberak..tp yg light2 ja la..maktok kata p la dia teman dalam tandas..ibu xmau..lps ms melawat hbs mereka pun kluaq tapi still dok tgu dlm hosp kot2 la ibu besalin..

Jam 2 petang misi mai pasang ctg lagi sbb reading movement mika tak ok..masa tu ibu rasa nak cirit sgt..nak kluaq kat hujung2 dh..misi pun buka tali ctg tu.. misi mai cek bukaan da kata baru 3cm..lega ibu xyah masuk ubat dh..pastu ibu rasa mcm ibu terkencing atas tilam..2 kali..ibu pgl la nurse..bleh dia kata "xkan nak soh sy angkat awak ke toilet"..sampai hati dia..ibu pgl sbb ibu nak tukaq pelapik cadar & baju..ibu p mintak kat misi sorg lagi kata nak mandi..dia kata hokey..ibu p toilet..kencing sat..pastu masuk bilik mandi..mika tau dak..masa dlm tu ibu dok meneran..tapi ibu kepit sbb dgq misi kat luaq kata jangan teran nnt anak lemas..bukan ibu saja nak teran tapi perasaan tu mai..besimpuh ibu kat lantai..lps dah xrasa sakit..ibu bangun p dok kat ktl..mmg ibu dh sakit..ibu gtau misi kata ada kluaq darah..dia kata besa la tu..p dok kat ktl satgi koi 3 doktor mai..ibu mmg sakit gila mika..ibu bgn p kat kanter..sorg nurse pun xda..yg ada dokter pelatih dok nyembang..ibu sakit sangat..pastu koi 3.30 dokter yang masukkan ubat kat ibu..dia soh ibu baring..nak baring cemana sakit..bila dh kurang sakit ibu baring dokter cek bukaan..nahaiiiii..dah 7cm..mengelabah satffnurse kat situ tolak ibu..dia sorg ja yg ada masa tu..dia pgl sorg aunty cleaner tolong dia tolak..ibu dok merayu nak teran..dia xbagi..masa tu alhamdulillah ibu dok baca zikir nabi yunus..la illa ha illa anta subha nakka inni kuntum minaz zholimi..

sampai labor room ada sorg misi a.k.a bidan dok tgu..maka mula la proses melahirkan mika..ibu berusaha..misi tu tolong ibu gak..ramai misi mai tengok ibu termasuk la staffnurse labor room..depa dok bagi semangat kat ibu..lwk pun ada..mls ibu nak cerita kat sini..pung pang pung pang..tepat jam 4.21 ka 4.27 petang.. maka lahir la mika kat dunia..mika reyau..bila letak atas ibu..mika senyap..mika pandai nyonyot susu ibu..ibu terharu gila..berat mika 2.5kg ja..kecik sgt..tapi ibu bersyukur..mika sihat & selamat dilahirkan..

cerita darah tinggi tak berakhir lagi tau mika..bp ibu tinggi sgt..177/112..ibu kena tahan sat..makan ubat..mnm ayaq milo..pastu koi 7 baru ibu kluaq dari labor room..maktok tokbah bapak mamasu. masuk dlm..tokbah yang azankan mika sbb bapak takut pgg mika yang kecik cenonet..kita dok kat ward maktok yang temankan selama 3 hari kot..

Sekian cerita kelahiran mika..ibu harap mika jadi anak yang baik..taat perintah Allah..hormat org tua..boleh bezakan mana yang baik dan buruk..ibu doakan ibu berjaya di dunia dan akhirat..




mika day 2

Muka mika masa baru lahir ibu simpan sendiri k.. (sebenarnya lupa nak upload dr hp)


bye sayang...

xoxo
ibu mika yang comei



PENGALAMAN MENGANDUNG DENGAN DARAH TINGGI


Assalamualaikum..

Entry ni rasa macam nak cerita pengalaman mengandung dengan ada darah tinggi..Ni adalah pengalaman pertama ibu nak melahirkan anak..Seperti yang sedia maklum during pregnancy ibu terlekat pulak penyakit darah tinggi..Masuk je 8 bulan dokter sahkan yang ibu mmg kena darah tinggi..patutla kaki ibu bengkak semacam..rupanya tu tanda ibu mengandung yang ada darah tinggi..punya la susah hati..

Kesahnya ibu kena buat daily bp checkup..malas la nak p kk setiap pagi sudahnya ibu guna maktok punya alat cek bp..17/03/2016 lps ibu makan kari n sambal ayam yang aunty suzie masak, malam tu ibu muntah2..pening kepala..sbb nak puaskan hati ibu cek sampai tangan lebam mmg masa tu tekanan ibu tinggi..pastu masa 18/03/2016, ibu tekadkan hati p cek kat kk gak..masa tu hari jumaat so nurse mmg xda la kena plak tgu nurse yang bertugas..adoihaiii...masa nurse cek bayangkan tekanan darah ibu 160/91..huwaaaa....Biasanya tekanan darah tinggi semasa mengandung didiagnos apabila tekanan darah ibu mencapai 140/90mmHg dalam 2 keadaan atau 2 masa yang berbeza..nurse siap nak hantaq ibu naik ambulance p hospital..harus la takmau kan..ibu kata tolong la cek sekali lagi..then cek balik ok plak bp ni 125/88..apalagi melompat la ibu nak balik..

Alang2 ibu dh cuti, maktok ajak p checkup kat Dr Hayati kat Klinik Bersalin Dr Zainal & Rakan2..masa amik tekanan darah mmg confirm bp ibu tinggi..Dr Hayati siap suruh ibu berehat nnt dia amik balik bp..still camtu gak..Dr bagi ibu makan ubat, mulanya sebijik..xjalan jugak..Dr tambah dos..xjalan jugak..so Dr decide ibu kena warded..ibu mengeluh xmau..ibu takut..seumur hidup xpenah wei msk spital..maktok kata xpa la, maktok taja ibu dok kat situ tp Dr Hayati kata better p GH..nak berehat ja pun..sedihnya hati ibu.. bila ibu dapat darah tinggi ni automatik baby dalam perut ibu xmembesar..Dr Hayati kata..berat mika still sama dengan 2 minggu lepas masa checkup iaitu 1.9 kg..sedih bertambah2..

Pastu balik la ibu dengan maktok..ibu nak makan nasik ayam cik kiah (my feveret), maktok layankan ja..balik rumah..kemas apa yg patut..ibu p la menyerah diri kat GH..sedih sekali lagi..ibu kena dok sorg..pendek cerita ibu kena warded selama 7 hari..satu tempoh yang panjang..maktok setiap kali ms melawat mesti mai jenguk ibu..bapak pun mai kalo ada masa..malas la ibu nak ingat kisah dok kat ward ni..tapi boleh kata semua nurse baik..ibu kena makan ubat untuk control bp..mika tau dak masa tu perut ibu kecik sgt..sampai dokter pakar ajak ibu p scan sbb dia takut darah tak sampai ke uri..nsb baik ok..normal..setiap hari ibu berdoa bleh kluaq dr ward ni..tension tau masa misi bawak alat dia mai cek bp ibu..3 hari pertama mmg sangat tinggi pastu doktor tambah dos baru la turun bp ibu..ibu ingat lagi ubat tu nama nephadephine (btoi xtau eja) dengan labetalol..ibu makan ubat tu sampai la ibu lahirkan mika..masa nak kluaq ward ibu siap kena cucuk matangkan paru2 baby incase kalo terberanak awai..misi yang cucuk ibu baik sangat..dia marah kwn ibu yang kata cucuk tu sakit..mmg sakit gila hokey..23.03.2016 cucuk yang pertama..esoknya kena mai cucuk pungkok yang sebelah lagi..huwaaaa..hazab...

bila dh kluaq spital..ibu kena p buat daily checkup bp..every morning ibu akan bangun koi 6.30 pagi..mandi..solat subuh..makan ubat..tdoq sat..koi 7.30 ibu akan kluaq dgn maktok p kk untuk cek bp.nurse kat sana semua pakat kenai ibu..depa baik tau mika..setiap kali cek bp, ibu mesti baring atas katil depa, rupanya kalo kita ada darah tinggi depa akan cek bp kita sambil baring, baru la tak tinggi..setiap hari bp ibu ok.yelah makan ubat..maktok la jadi driver ibu..maktok xbagi ibu drive..mika kena ingat jasa maktok sbb dia jaga mika start dr dalam perut lagi..

setiap weekend plak ibu kn p GH jumpa pakar..03.04.2016 doktor yang cek ibu kata kalo air ketuban makin kurang dia akan suruh ibu bersalin awai..dia kata mai mgu depan plak..dia pun soh ibu buat urin test..hasilnya asid urik ibu sangat tinggi..lps besalin doktor soh ibu p scan buah pinggang plak..hadoi..mcm2 dugaan..ibu redha..ibu try ty dia ibu ni kena ceaser ka normal..dia kata better normal, nnt kalo ceaser risiko koma sangat tinggi..hmm..maksudnya xbtoi la org kat luaq sana kata kalo ada darah tinggi confirm besalin operate..tipu punya orang..

10.04.2016..ibu p cekup lagi..alhamdulillah air ketuban ibu ok tapi dokter kata ibu kena besalin awai..dia siap bagi tarikh lagi 20hb warded..21hb masuk ubat..huwaaa...ibu takut..

19.04.2016 ibu amik cuti..maktok soh..ibu berehat kat bilik golek2 dengan maktok..hati ibu ni hanya Allah ja yang tau..tapi ibu buat kuat xmau tunjuk kata sedih dan takut..

20.04.2016 bapak balik amik ibu hantaq ke GH..bapak makan pun tak lalu..ibu p kat dewan bersalin..mcm biasa prosuder cek bp..punya la tekejut geng2 nurse kat situ sbb ibu py bp 174/110..ibu rilex ja sbb ibu tak rasa pening ka sesak nafas ka..depa soh ibu baring nak buat ctg..cek jantung mika..pastu ada sorg dokter cina mai seluk ibu nak cek bukaan..mmg xda la bukaan sebab ibu bukan nak bersalin lagi..hapadaa...sakit tau..ibu masuk ward..mlm tu Dr pakar mai round ward, nama dia Dokter Hassan nama dia..dia ty ibu tau ka knp msk ward ni..ibu kata la dokter yang suruh masuk.dia gelak..dia kata bleh buat lawak lagi no..dia pun gtau la esok nak masukkan ubt nak soh besalin..dia gtau pagi esok buat ctg..kalo jantung baby ok..masukkan ubat..buat ctg lagi..kalo jantung baby ok tunggu ja la bukaan..kalo jantung baby lemah maka kena ceaser la..gulppp...telan ayaq liuq ibu..yelah dokter saya redha..

entry kelahiran mika ibu akan buat asing..sebab special sgt..ibu tau Allah sayangkan ibu..sebab Allah bagi ibu sakit besalin sat saja..alhamdulillah..

Thursday, 17 December 2015

Assalamualaikum...

Kalau la aku mampu putarkan masa..aku nak kembali..

  • ke darjah 1 sebab aku nak belajaq pandai2..nak jadi bijak dalam semua hal..nak pandai melukis dan buat kraftangan yang mana selalu mak aku yang tolong buat..confirm..sebab semua keja seni aku mak yang buat sampai la aku darjah 6
  • zaman persekolahan menengah..nak belajaq pandai2 gak sbb bagi aku rupanya bila dh keja ni bukan la susah sgt pun membaca dan mengira
  • zaman kami adik beradik masih kecil..aku rindu sangat saat tu..sebab bagi aku masa tu mak bapak aku tak banyak masalah..tak pening kepala pikiaq hal kami adik beradik. bukan la nak kata kami buat masalah pulak bila besaq ni..tapi aku nak sangat kembali zaman tu..nak bagitau mak pak aku apa terjadi pada masa akan datang
  • zaman belajar di uni..sebab aku hodoh sangat tahap cipan..kalo husben aku tgk muka ak zaman tu cnfrm dia xmau buat bini..huhu
tapi...walaucemanapun kita berangan utk kembali ke saat tu..kita perlu menerima hakikat dimana bumi kita pijak sekarang ni..kena bersyukur dengan apa yang telah terjadi..setiap kejadian tu pasti ada hikmah..





xoxo

Monday, 23 November 2015

HARI YANG TIDAK BERAPA BAIK..

Assalamualaikum..


Mood aku sekarang adalah tidak berapa stabil..Hanya Allah ja yang tahu.
Banyak benda sangat yang berlaku. 
Kadang2 sebagai manusia biasa kita agak mengikut perasaan..terlalu takut apa yang orang rasa, at last kita juga yang sedih.. 
Kadang2 sebagai manusia biasa kita agak mengikut perasaan..rasa orang sekeliling tak paham kita, at last kita juga yang sedih..
Kadang2 sebagai manusia biasa kita terlalu mengikut perasaan..kita nak semua orang ikut jalan yang kita pilih tapi depa..hampeh..at last kita juga sedih..
Kadang2 sebagai manusia biasa kita terlalu mengikut perasaan..kita rasa sedih bila orang sekeliling salah faham terhadap kita terutamanya kawan baik kita sendiri..



Monday, 26 October 2015

Berita Gembira Lagi!!!!

Assalamualaikum...

Tak tahu nak mula dari mana..tapi yang pasti berita gembira ni buat perasaan berbelah bagi..gembira + terkejut...alhamdulillah Allah swt telah mendengar doa aku..tak sangka plak rezeki datang seawal ini, namun begitu aku sangat bersyukur.

aku disahkan mengandung. semalam 25.10.2015 buku merah telah ku buat.nurse cakap dah 14 minggu..amboi seksanya nak buat buku pun..tapi alhamdulillah nurse yang entertain aku sangat la baik...cuak jugak aku nak kena amik darah bagai ni..tp so far ok..

start dari aku tahu mengandung kalo tak silap pertengahan bulan September, aku asyik la muntah..makan muntah..sehingga la ke hari ni..nak dapat sorang pun pada aih..teruk sangat alahan aku..minum ayaq masak pun muntah..minum nescafe kegemaran aku lagi la cepat muntah..sabo jelah..letih tok sah cakap la..umah mentua aku pun dh lama tak p..apa la kata depa nnt..lagi satu tahap keserabaian aku meningkat..asyik dok pakai tudung mak cik ja kalo p keja..slalu tudung mak la jadi mangsa. hp pun ak malas nak pgg dh padahal somi aku siap bagi hp baru lagi..yillek..xmau layan..tengah menaip pun ni perut bergolak rasa nak muntah..seksa sungguh aku rasa..demi anak aku sabo kan ja..time2 camni la berangan nak kwen dengan orang kaya..sakit tak yah mai keja..dok rumah ja..lagi 1 aku dah xbleh tdoq dlm bilik sendiri..1. sebab ak penat naik tangga..2. aku rasa takut, macam ada yang dok pandang aku plak..so malam2 aku akan tdoq bilik mak..kalo bernasib baik bleh tdoq dgn soya..dapat la aku merasa selesa tdoq ats tilam..kalo hujung minngu dak la sbb somi aku balik..

malas dh nak cita..nanti aku sembang len..rasa pening..nak muntah..





xoxo

Tuesday, 25 August 2015

- Nikah -

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..

Tanggal 07.08.15 jam lebih kurang 5.20 ptg..sah aku menjadi isteri kepada Azfarizal Effendi Abdullah..syukur tak terkata..

Rentetan nikah akan ku abadikan kat sini..

06.08.15 - Khamis

Pagi macam biasa..bangun awai sebab ramai yang dah ada..maktam, makteh, mak chaq n toklang mmg dah bkampung kat rumah aku..niat di hati nak keja fullday tapi mak pulak bising..so terpaksa la aku amik cuti halfday..

Lebih kurang koi 3 ptg..geng pasang pelamin datang..masa ni aku cam biasa ja..betoi ka aku nak kwen ni..

Orang pasang khemah pun dh mulakan keja depa awai lagi..pak aku cam besa menjadi pemantau..

Siap pelamin dipasang..cantik ke??hmm..aku rs boleh la..ikut plan asal nak buat pelamin kat porch keta tapi mak bising plak..buat pelamin kat hall aku yg kecik kotet tu..pun bsyukur..tak penah aku bermimpi yg aku akan kwen dan ada pelamin..huhu

Tema putih + cream

dua beradik ni tukang rasmi pelamin..mak n mak tam



07.08.15 - Jumaat

Tiba lah hari yang dinanti..pagi tu cam biasa aku bangun..macam tak percaya ja aku nak kwen harini..mak uda dah bsg2 sbb ak tak nak siapkan bilik pengantin..dia kata org ttp akan naik cari bilik pengantin..nak tengok bilik pengantin..kalo ikut aku cukupla sekadar gantung langsir baru yang mak buat..tapi mak uda ttp x pueh hati..dia ttp kata kn hias gak walau simple pun..so dia dgn cuzen aku kluaq mencari barang..ude jadi driver depa..

maka bilik pengantin aku pun dah disiapkan..



Haritu aku tengok semua bekerjasama buat kerja..kat ruang tengah sebok orang dok boh bunga teloq yang disponsor oleh mak tam, mak lang dan juga makndak..yang pasangnya adalah cikgu azlina dan juga cikgu sabilah beserta anak2..

Kat bahagian dapur jiran2 sebok tolong memasak untuk makan tengahari..lauk dia aku tak igt sangat la..rasanya ada gulai ikan kering, sayoq goreng, ikan goreng..ak tak makan pun..tak lalu..tapi bukan sebab aku nerves..sambil2 tu depa prepare makanan untuk jamuan petang nanti..

Dalam koi 2 ptg aku kluaq rumah untuk pergi mekap..ingat ka kejap rupanya take time jugak..dalm koi 4.15 baru habis..dah la nak angkat nikah lps asar..

Kami tiba di masjid selepas azan asar lebih kurang jam 5.45 petang..rombongan lelaki dah masuk kat dalam..geng2 pompuan yang uzur dok kat luaq dulu..tgu org habis sembahyang..sementara menunggu tu ada la sikit photoshoot yg simple2 dari cuzen aku..

Bridesmaid


Bridesmaid ni semua banyak membantu aku..thnax kat depa ni..especially adik aku suraya..dia la yang tolong kerja kahwin aku dari mula sampai habis..thanx ya..nnt open table kat nurul ikan bakaq..haha




Saat dinikahkan oleh abah..







Setelah selesai semua, kami pun balik ke rumah..abah ada buat jamuan ringan :P

Lepastu photograher aku mula menjalankan tugas..tak sabaq nak tengok hasil dari dia nnt..sementara tu cuci2 mata la dulu dengan gambaq2 kat bawah ni ye


kenapa tengok orang???

loveeeeee


ish..malu.. :p

ok..ni pandang tepat ke kamera

Bajet pandang kiri kanan ngalahkan artis

Pengantin yang perasan sekali sekala

My beloved family


sepupus

Depa ni kalo soh selpiaq ka bergambaq ka cukup pro

Dengan adik beradik mak..sorang tak cukup..huhu
Belakang: Paklang, Uncle, Pakchaq, Paksu
Tengah duduk : Maktam, Bride, Mak Bride
Duduk bawah : Makuda, Makteh, Makndak

Mak2 menakan yang happening..semua kepala gila2..kena marah dengan depa pun still steady lagi sbb dah biasa

gaya tak bersedia

yang tengah tu sampai cun2 masa semua orang dah bertolak ke masjid..nasib ada ude..dia cuba untuk cari baju yang ikut tema


ok la..nanti sambung balik citer bab kenduri plak..