Thursday, 28 November 2024

JULAI 2023

 Assalamualaikum wbt.


Yeayyy..bulan Julai mai lagi.banyak cerita suka duka dalam bulan ni weiiii..

Bulan ni patut nak enjoy2 sebab bulan kelahiran ibu & Sofea kan tapi semua bertukar duka. 


9hb Julai 2023

Mika dah start batuk non stop.actually dia start batuk awai bulan lagi tapi mana nak sangka batuk dia makin teruk..ibu tak puas hati haritu  awai pagi ibu bawak Mika ke klinik. ingat ka dh settle, rupanya Mika still batuk non stop.tidoq petang Mika stop sat batuk, mangkit dr tdoq Mika batuk sampai muntah2.Tahap susah hati ibu memang dah maksimum ni so ibu pun bawak la mika ke hospital. Ibu kira nk bagi Mika admit ward ja sebab macam dh buntu bila Mika dok batuk non stop tu. Sampai ja kat hospital tu depa cek suhu Mika, oh ok tak demam. So ibu ty nurse tu Mika ni agak2 perlu ka nk warded, nurse cakap kalo tgk condition mcm ya ja sbb nnt mesti akan demam tapiiiiii....ward penuh. Adoii....ibu terkam pulak ke hospital satu lagi, actually semua medical record Mika ada kat hospital ni and ibu lebih berpuas hati dengan doctor yg attend Mika kat sini sbb dr kecik kot Mika dok jumpa dia. So ibu tawakal ja p sana lepas dapat confirmation dari bapak. Ibu call tok abah untuk inform jugak sebab kena habaq gak kat bestfriend Mika ni. 
Sampai ja kat sana lebih kurang jam 6.00 petang, proses register apa semua, gedebuk gedebak, nama Mika kena panggil buat Covid test. Alhamdulillah negatif. Risau jugak kan, sebab sekolah Mika ada ja hari2 update student tak mai sebab sakit. Lps tu tunggu sat, doctor pun panggil masuk, ibu pun mention la Mika dh batuk lebih dari 3 hari camtu. Oh ya, doctor yang attend Mika nama Dr Wildan, sangat profesional even dia cakap macam tak serius sangat,then dia siap ty ibu lagi apa ubat yg doctor kat klinik bagi supaya dia tak bagi ubat yang sama. so kami pun tunggu la kat luaq sementara doctor buat report and decide nak bagi ubat apa. Ibu ada tanya jugak perlu ka Mika admit, setakat apa yg dia nmpk mcm tak perlu tapi kalo ibu insist nak jugak masuk ward dia xda halangan. lepas beberapa ketika, doctor panggil ibu masuk, pastu dia bg explanation la ubat2 yg akan dia bagi kat Mika. Doctor ni kata, insyallah dalam masa 3 hari akan nampak improvement. oh lupa nak habaq bestfriend Mika sampai dh tau..bercinta la depa dua orang kat luaq sebab tok abah tak tahan sejuk kat emergency tu. 
Ibu kan jenis paranoid, sebelum balik ibu tanya lagi kat doctor, atas condition macamana yang perlu ibu kena bawak, wajib bawak mika mai hospital balik. doctor pun habaq la, kalo demam tu as long boleh control tu tak perlu la cumanya kalo mika batuk muntah2, ssh nak nafas kena wak mai balik..pastu ibu tanya lagi ada benda kena pantang makan ka?doctor cakap takda..

Settle payment apa semua, amik ubat, kami pun balik la. Mika cakap nak makan KFC, ibu pun iyakan la sebab doctor kata takda pantang kan..Sampai rumah, bapak pun sampai dari Alor Setar. Esoknya ibu EL sebab nk pantau Mika. Alhamdulillah batuk Mika berkurangan. Mika dapat MC 09/07/2023-12/07/2023. Beronok-ronok la Mika kat rumah. 

13hb Julai 2023
Bila rasa Mika dah ok, so tengah hari tu Mika pun p la sekolah. Lebih kurang jam 3.30 petang, Ustazah Faridah (guru kelas Mika) call habaq kata Mika muntah kat sekolah and badan dia panas. Ibu pun minta tolong Tok Abah amik Mika kat school. Tapi dalam pikiran ibu, aik dia sakit pulak ka..ibu terdetik yang Mika pernah habaq "Ibu, orang yang sakit kan, depa akan tunggu kat dataran, pastu satgi cikgu call la parents depa mai amik, pastu kan ibu, kwn Mika ni ada terber*k dalam kelas pastu parents dia pun mai amik.nnt Mika nak try camtu la" Merujuk kepada akai jenuh Mika ni dia mmg boleh buat ya. tapi ibu risau jugak. 


No comments:

Post a Comment